Extreme Pleasure (album 2002)
Extreme Pleasure (album 2002)

Extreme Pleasure (album 2002)

Album Extreme Pleasure merupakan sebuah album berkonsepkan 'double-header' dan dianggap sebagai album sulung dua kumpulan R&B dan hip hop Malaysia, Ruffedge dan V.E. Kedua-dua kumpulan ini berkongsi album dan merakamkan sebanyak lima buah lagu setiap kumpulan. Album ini diterbitkan oleh syarikat independent, The Promised Clan milik Pot dan Taj anggota kumpulan Innuendo.